Special Today

Popular Posts

Apa Itu Unifi?

   


UniFi adalah perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang baru dengan menggunakan gentian optik. Ia mampu menyokong  data jalur lebar sehingga  20Mbps untuk aplikasi Internet, Suara dan Internet Protocol TV (IPTV). Kini anda boleh menikmati muat turun sehingga 120 GB  sebulan dan muzik muat turun, video dan fail dalam serendah 8 saat untuk fail MP3 5MB.

UniFi merupakan perkhidmatan jalur lebar yang menggunakan gentian optik untuk menyampaikan internet berkelajuan tinggi, telefon dan perkhidmatan IPTV ke rumah pelanggan. Jenis teknologi yang digunakan untuk menyampaikan perkhidmatan UniFi ke rumah pelanggan adalah bergantung kepada jenis premis pelanggan. Jika premis pelanggan adalah hartanah, Fibre to the Home (FTTH) akan digunakan manakala jika premis pelanggan adalah bangunan tinggi, Very high speed Digital Subscriber Line 2(VDSL 2) akan digunakan.


Nikmati pengalaman terbaik dalam talian seperti menonton video di Youtube tanpa tersekat-sekat. UniFi juga menjimatkan masa anda apabila anda perlu memuat turun fail yang besar atau menjalankan Windows update 20 kali ganda lebih cepat daripada sebelumnya. Membuat panggilan Video Skype/YM bersama rakan-rakan anda. Log masuk ke Facebook dan menonton gambar dan video dengan kualiti yang bagus dan tidak tersangkut-sangkut.

Kontrak Streamyx belum tamat?? Jangan risau, anda kini boleh memohon untuk UniFi atau menaik taraf jalur lebar Streamyx anda kepada UniFi tanpa perlu menunggu sehingga kontrak Streamyx anda tamat. Semua pakej Jalur Lebar Streamyx boleh dinaik taraf ke Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi UniFi tanpa penalti. Untuk pengetahuan anda, Promosi Pemasangan PERCUMA bernilai RM200 untuk pelanggan baru UniFi kini telah dilanjutkan sehingga notis lanjutan.



Kenapa VIP? Ianya dipanggil VIP kerana ia didatangkan dengan tiga perkhidmatan yang berbeza iaitu:

V - Video atau Televisyen Protokol Internet (IPTV)
I - Internet Berkelajuan Tinggi
P - Telefon

Sekian.

No comments:
Write comments
© 2014 TM Unifi. Designed by Bloggertheme9 | Distributed By Gooyaabi Templates
Powered by Blogger.